Saturday, August 7, 2010

LDP - Kursus PJPK untuk guru-guru

Pada 31 Julai 2010 yang lalu, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali keempat untuk tahun 2010 telah diadakan di Dewan SMKCC. LDP kali ini berkaitan dengan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Para guru memberi komitmen yang begitu baik sekali.

Thursday, August 5, 2010

Riwayat Pengasas - Saint Magdalene Of Canossa

Magdalene of Canossa dilahirkan di Verona, Itali pada 1 Mac 1774. Beliau dari Keluarga yang sangat kaya. Bapanya telah meninggal dunia pada masa dia msih kecil lagi dan ibunya meninggalkan anak-anaknya untuk berkahwin lagi. Adik beradiknya dijaga oleh seorang pembantu ruma. Oleh kerana hidup sengsara,beliau berazam untuk menyerahkabn dirinya kepada Tuhan untuk menolong orang-orang fakir miskin. Dalam tahun 19801 beliau meninggalkan rumahnya yang tersergam indah untuk membuka sebuah rumah bagi melindungi budak-budak perempuan yang miskin, dan mereka diajar pelajaran 3M. dengan perlahan-lahan, kerja kebajikannya itu tersebar ke seluruh dunia pada 10 April 1835. Sekarang terdapat kira-kira 4000 Canossian Sisters di seluruh dunia. Di

Sejarah Smk Canossian Convent Segamat

1962 - Sekolah Menengah Canossian Convent telah memulakan persekolahannya dengan hanya dua buah bilik darjah. ini adalah pelajar pertama yang lulus darjah Enam dari Sekolah Rendah Convent seramai 62 orang. Ibunda Tertinggi iaitu Mother Agnes Norris ialah guru besar dan dua orang guru iaitu Sr. Adriana dan Cik S. Yogapoopathy menjadi penolong.

1963 - Jumlah pelajar telah meningkat hingga 210 orang dengan mempunyai dua kelas peralihan, dua kelas tingkatan 1 dan dua kelas tingkatan dua.

1964 - Murid-murid kumpulan pertama yang terdiri daripada 75 orang telah menduduki peperiksan L.C.E dengan mendapat kejayaan 95%.

1965 - Pembukaan Tingkatan Menengah Atas.

1966 - Pelajar-pelajar yang julung kali mengambil peperiksaan SC. & MCE seramai 66orang telah mendapat kejayaan kelulusan 83%.

1979 - Mengadakan kelas Sains Tulen

Sekolah convent Segamat sangat terhutang budi kepada Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda telah bermurah hati mengurniakan pula sebidang tanah lai dari hartanya (seluas 25 ekar) di jalan genuang untuk didirikan bangunan sekolah di Segamat.

Tempat yang diberi itu pula adala kawasan tanah rendah yang selalu dilanda banjir. Oleh itu baginda mencadangkan supaya tanah itu dijual dan dengan wang itu juga dibelikan pula tanah untuk didirikan bangunan sekolah Convent. Rancangan ini telah dijalankan dan sebidang tanah berhanpiran dengan gereja Katholik di jalan buloh kasap telah dibeli.

1956 - Bangunan pertama Sekolah Convent telah didirikan dengan hanya dua buah bilik darjah saja.

1957 - Enam buah bikik darjah telah dibuka.

1959 - Empat buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dibuka.

1964 - Bangunan Sekolah Menengah yang mengandungi sebuah dewan, * buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah bilik sains rumahtangga dibna.
1973 - Satu tingkat ditambah lagi untuk mengadakan empat buah bilik darjah dan dua makmal sains.
Sekolah Menengah Convent dan Sekolah Rendah Convent berkongsi menggunakan bangunan yang sama.

1986 - Sekolah Rendah Convent telah berpindah ke bekas sekolah bekas Monfrt di Kampung Abdullah, Segamat.

1994 - Dewan sekolah siap dibina dengan 5 buah kelas, 2 buah bengkel kerja Kemahiran Hidup dan 1 bilik seni

2002 - Bilik kelas dewn sekolah didinginhawakan.




Tuesday, August 3, 2010

HARI KELUARGA SMKCC

Pada 17 Julai 2010 seramai 12 keluarga bagi guru-guru telah bercuti bersama-sama di Residen Inn Cherating Pahang.  Perjalanan bermula jam 8.00 pagi di dataran sekolah dan tiba di Cherating pada jam 11.45 pagi.