Thursday, August 5, 2010

Sejarah Smk Canossian Convent Segamat

1962 - Sekolah Menengah Canossian Convent telah memulakan persekolahannya dengan hanya dua buah bilik darjah. ini adalah pelajar pertama yang lulus darjah Enam dari Sekolah Rendah Convent seramai 62 orang. Ibunda Tertinggi iaitu Mother Agnes Norris ialah guru besar dan dua orang guru iaitu Sr. Adriana dan Cik S. Yogapoopathy menjadi penolong.

1963 - Jumlah pelajar telah meningkat hingga 210 orang dengan mempunyai dua kelas peralihan, dua kelas tingkatan 1 dan dua kelas tingkatan dua.

1964 - Murid-murid kumpulan pertama yang terdiri daripada 75 orang telah menduduki peperiksan L.C.E dengan mendapat kejayaan 95%.

1965 - Pembukaan Tingkatan Menengah Atas.

1966 - Pelajar-pelajar yang julung kali mengambil peperiksaan SC. & MCE seramai 66orang telah mendapat kejayaan kelulusan 83%.

1979 - Mengadakan kelas Sains Tulen

Sekolah convent Segamat sangat terhutang budi kepada Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda telah bermurah hati mengurniakan pula sebidang tanah lai dari hartanya (seluas 25 ekar) di jalan genuang untuk didirikan bangunan sekolah di Segamat.

Tempat yang diberi itu pula adala kawasan tanah rendah yang selalu dilanda banjir. Oleh itu baginda mencadangkan supaya tanah itu dijual dan dengan wang itu juga dibelikan pula tanah untuk didirikan bangunan sekolah Convent. Rancangan ini telah dijalankan dan sebidang tanah berhanpiran dengan gereja Katholik di jalan buloh kasap telah dibeli.

1956 - Bangunan pertama Sekolah Convent telah didirikan dengan hanya dua buah bilik darjah saja.

1957 - Enam buah bikik darjah telah dibuka.

1959 - Empat buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dibuka.

1964 - Bangunan Sekolah Menengah yang mengandungi sebuah dewan, * buah bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah bilik sains rumahtangga dibna.
1973 - Satu tingkat ditambah lagi untuk mengadakan empat buah bilik darjah dan dua makmal sains.
Sekolah Menengah Convent dan Sekolah Rendah Convent berkongsi menggunakan bangunan yang sama.

1986 - Sekolah Rendah Convent telah berpindah ke bekas sekolah bekas Monfrt di Kampung Abdullah, Segamat.

1994 - Dewan sekolah siap dibina dengan 5 buah kelas, 2 buah bengkel kerja Kemahiran Hidup dan 1 bilik seni

2002 - Bilik kelas dewn sekolah didinginhawakan.




No comments:

Post a Comment